Close

Tiada tanah nak buat rumah ikut citarasa sendiri?

Pilihan #1 untuk miliki lot tanah sendiri dengan harga mampu milik.

APSB memfokuskan kepada jualan tanah lot di seluruh Malaysia dan matlamat kami adalah untuk membantu golongan muda dan Bumiputera untuk memiliki hartanah dan lot kediaman sendiri berikutan harga hartanah dan rumah siap diduduki semakin melambung tinggi. 

1,000

Lot tanah telah terjual

700

Rumah telah siap dibina

600

Keluarga miliki rumah sendiri

Adakah anda sedang mencari lot tanah untuk tujuan...

Kami menyediakan lot tanah di kawasan yang berpotensi membangun pada masa akan datang dengan harga mampu milik sekarang.

Lot tanah untuk tujuan perumahan ini juga sesuai jika anda ingin memulakan perniagaan rumah sewa & homestay.

Merancang untuk mendirikan rumah untuk keluarga. Tapi tiada tanah sendiri? Lot tanah yangkami sediakan sangat sesuai untuk anda dan keluarga membina rumah sendiri.

Pakar tanah lot sejak 2020

Aribina Properties Sdn Bhd (APSB) ditubuhkan pada tahun 2020 dengan diterajui oleh Tuan Abd Razak Ismail selaku Pengarah Eksekutif dan Puan Hajjah Rehana Haji Ahmad, selaku Pengarah Urusan.

APSB merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah yang beroperasi sepenuhnya di Johor Bahru, Johor dan menjalankan aktiviti jual beli hartanah. Peranan utama APSB adalah membeli tanah-tanah ekar yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan penempatan dan seterusnya memecahkan tanah-tanah ini kepada lot-lot kecil dengan keluasan tertentu dan dijual semula kepada pembeli yang ingin membeli tanah lot untuk membina rumah atau sebagai aset pelaburan jangka masa panjang.

APSB menjalankan aktiviti jual beli tanah lot secara telus di mana pembeli akan berurusan secara langsung dengan peguam dan semua dokumentasi antara pihak syarikat dengan pembeli dikawal dan tertakluk dalam undang-undang. APSB juga bertanggungjawab berurusan dengan pihak-pihak dan jabatan-jabatan tertentu dalam proses jual beli dan pindah milik tanah lot. Dengan adanya APSB, kami berharap dapat membantu merealisasikan impian mereka yang ingin memiliki kediaman impian di atas tanah lot mereka sendiri. 

Senarai Lot Tanah Terkini

APSB memfokuskan kepada jualan tanah lot di seluruh Malaysia dan matlamat kami adalah untuk membantu golongan muda dan Bumiputera untuk memiliki hartanah dan lot kediaman sendiri berikutan harga hartanah dan rumah siap diduduki semakin melambung tinggi. 

TERATAK KIARA, TELUK JERI, SEDILI BESAR

SG NAGA MUKIM API – API FASA 2&3 (MLO 2020)

BERHADAPAN MRSM MERSING

Kenapa Aribina menjadi pilihan #1 pembeli lot tanah?

Ramai yang mengalami banyak masalah ketika proses membeli lot tanah. Tetapi bukan dengan Aribina. kami memfokuskan kepada lot tanah yang bernilai tinggi dan proses jual beli yang telus.

Lokasi Yang Strategik

kami hanya memilih lokasi yang strategik sesuai untuk didiami oleh keluarga anda. Lokasi yang kami pilih juga sangat berpotensi sebagai aset pelaburan.

urusan jual beli yang telus

Semua urusan jual beli bersama Aribina dalah telus dan tiada perkara-perkara tersembunyi. Ini untuk memastikan setiap ringgit yang anda belanjakan adalah berbaloi.

Keutamaan kami adalah anda dapat memiliki rumah idaman

Harga rumah yang melambung tinggi membuatkan ramai yang tak mampu memiliki rumah sendiri. 

Kami menjual hartanah mampu milik

Kami mahukan setiap rakyat Malaysia mampu untuk memiliki hartanah sendiri dengan harga terendah dalam pasaran.

Pasukan Yang Mahir & Profesional

Pasukan Aribina adalah mereka yang berkemahiran dan berpengalaman bertahun dalam industri hartanah. Anda bebas untuk mendapatkan nasihat mereka tentang hartanah yang anda ingin beli.

LEBIH 300 PEMBELI TELAH BERPUAS HATI

perkhidmatan dan proses jual beli bersama Aribina telah mendapat rating 5 bintang daripada pembeli.

SOALAN-SOALAN LAZIM

Wakil kami sentiasa bersedia jika anda apa-apa soalan tentang proses pembelian lot tanah bersama Aribina properties.

Tanah kami masih dalam proses dapatan geran.

Prosesnya tu memang makan masa. Tempoh masa tu dikeluarkan oleh jabatan2 yang telibat.

Anggaran standard SPA adalah 3 tahun (anggaran sahaja). Jika tuan/puan boleh tunggu dan tak urgent untuk buat rumah lagi, maka tuan/puan boleh pertimbangkan pembelian tanah kami sebab memang harga yang kami tawarkan ketika ini termurah di pasaran.

Semua kerja2 atas tanah, syarikat kami akan uruskan secara percuma sahaja termasuklah infrastruktur di tanah lot:

✅️Membersihkan tanah
✅️Persempadanan
✅️Tukar status tanah ke bangunan
✅️Pecah bahagian
✅️Urusan proses dapatkan geran
✅️Sistem perparitan
✅️Tambak batu kasaran di jalan utama tanah lot

Bila nanti dah dpt geran (est 3tahun) tuan/puan dah boleh terus buat rumah..tanah dah cantik. Ketika ni, harga tanah pun dah naik tau. Untung beli sekarang. Sebagai pelaburan pada masa yg sama.

Geran Kongsi ni Tuan/Puan, dalam 1 master Grant (geran utama) ada beberapa penama…Nnt dalam geran tu akan dinyatakan sekali, nama tuan/puan serta keluasan bahagian tanah milik tuan/puan.

Contoh kalau dalam geran tu ada 15penama, nnt dia akan nyatakan:
Aisyah 1/15 bahagian. Camtu

Geran kongsi ni juga, boleh diwarisi, boleh dijual beli. Tiada masalah. Cuma TIDAK boleh dipajakkan ke bank sahaja. ☺️ Status tanah adalah Bangunan.

Tuan/puan akan menandatangani SPA bagi urusan pembelian tanah ni. SPA ni penting untuk:

✅️Melindungi hak tuan/puan sebagai pembeli dan kami sebagai penjual
✅️Mengelakkan sebarang unsur penipuan
✅️Mengelakkan masalah ingkar janji
✅️Memudahkan urusan tukar milik tanah kelak (dapatan geran)
✅️Sebagai bahan rujukan ke mahkamah
✅️Terma yg lebih lengkap dan terperinci

Bayaran SPA adalah dibawah tanggungan tuan/puan. WAJIB di bayar ketika sesi signing SPA.

SPA agreement adalah sama seperti mana2 SPA cuma kami ada tambahan klausa buat pembeli:

1. Jika tuan dah beli tanah dan dah pun buat bayaran penuh. Sekiranya pihak syarikat yang batalkan jual beli, maka pihak syarikat akan bayar 100% duit tuan serta penalti 10%. Means, tuan akan dpt 110% kembali duit tuan.

2. Jika nanti, pihak tuan yang batalkan jual beli , tiba2 tuan tak nak teruskan pembelian dah maka pihak syarikat akan pulangkan semula duit tuan sebanyak 70%.

3. Jika setelah tuan menunggu tempoh yang telah ditetapkan dan tanah masih tak siap2 juga (melepasi masa yang telah dijanjikan) dan tuan tidak mahu lagi meneruskan pembelian tanah tersebut maka kami akan pulangkan 100% duit tuan.

JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN!

Jika pihak anda telah membuat bayaran penuh dan pembatalan dibuat oleh pihak Aribina, kami akan membayar 100% duit anda dan penambahan 10% penalti.

Jika pembatalan dilakukan oleh pihak anda, Aribina akan memulangkan semula 70% daripada jumlah yang teah dibayar.

Jika tanah masih belum siap dalam tempoh masa dan pihak tuan ingin membatalkan pembelian, Aribina akan memulangkan 100% duit yang telah dibayar.

Walaubagaimanapun team Aribina akan sentiasa komited untuk memastikan kami dapat memberi perkhidmatan dan kualiti tanah seperti yang dijanjikan.

Tujuan kami adalah untuk memastikan anda dapat memiliki tanah sendiri untuk tujuan perumahan dengan harga mampu milik. Senarai tanah yang kami ada adalah sangat terhad. Jika anda berminat dengan mana-mana lot tanah yang kami tawarkan, pastikan anda terus berhubung dengan team Aribina segera.

Talian kami dibuka 7 hari seminggu

Wakil kami sentiasa bersedia jika anda apa-apa soalan tentang proses pembelian lot tanah bersama Aribina properties.

Versatile Business Suite, 12-06 Austin 18, Jalan Austin Perdana 3, Taman Austin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor